Sunday 22 December 2013

L.O.V.E

Assalamualaikum pembuka bicara...

CINTA...

Fitrah seorang manusia inginkan cinta... ingin mencinta dan ingin dicintai...
Sejak zaman Adam a.s, Allah menciptakan Hawa sebagai peneman setia juga sebagai cinta kepada Adam a.s....

Cinta... sesuatu yang indah, mendengar perkataanya juga membuatkan hati kita berasa bahagia... kerana.. Allah yang menciptakan perasaan ini.. Allah juga yang mengetahui hakikat fitrah hamba Nya..



Tetapi apakah definisi sebenar CINTA yang kita fahami?


~ Adakah dengan pengorbanan cinta si Romeo & Juliet?

atau

~ Adakah dengan kegilaan cinta si Laila & Majnun?

atau di era moden ini..

~ Adakah ianya seperti kisah I Love U Mr Arrogant, Cinta Jannah, ataupun Setia Hujung Nyawa?


Dunia kita sekarang dipenuhi dengan kisah cinta, sehinggakan kanak-kanak tadika pun sudah pandai bercinta, ber'pakwe' dan ber'makwe'.. inikan pula pelajar rendah, menengah mahupun universiti...

Menjadikan cinta itu satu kewajipan.. 'Couple' satu kemestian..


 YA......

Sebagai seorang manusia, fitrahnya memang kita akan terharu dengan sesiapa yang mengambil berat kepada kita, menghargai kita.. inikan pula mencintai kita...

Tetapi pernah atau tidak kita BERFIKIR?

SIAPAKAH yang lebih mencintai kita dan kepada SIAPA seharusnya kita menyerahkan CINTA kita?

Adakah si pemberi kata-kata indah cinta? atau si dia yang tak lupa memberi hadiah kepada kita? atau si dia yang sering mengungkapkan I LOVE U?


Bagaimana pula dengan yang memberi NYAWA kepada kita? yang membenarkan UDARA dihirup oleh kita... yang sering kali MENGAMPUNI kita walaupun seluas lautan DOSA-DOSA kita...

Tidak terasa kah kita bahawa DIA yang lebih mencintai diri kita? DIA yang berhak diserahkan cinta kita kepadanya...

Walaupun pelbagai SALAH kita lakukan kepadaNYA.. walaupun seringkali kita LUPA kepadaNYA... Tetapi DIA tetap membenarkan kita hidup di muka bumi ini, bahkan dihantar UJIAN kepada kita supaya kita menginsafi diri dan seterusnya mencapai bahagia Dunia & Akhirat....


Wahai sahabat ku, adik-adik ku dan anak-anak ku sekalian....

Janganlah kita serahkan cinta kita kepada yang lain melebihi CINTA kepada ALLAH serta RASULNYA.... Bersyariatlah dalam menjaga cinta...

kerana ALLAH menganugerahkan rasa cinta bukan sebagai jalan KEMURKAAN NYA, tetapi salah satu wadah MENCAPAI cinta ILLAHI..

dan ingatlah... tiada istilah "COUPLE" di dalam ISLAM....



buktinya....

adakah Nabi Muhammad s.a.w bercouple dengan Saidatina Khadijah sebelum bernikah? Adakah Nabi Yusuff a.s bercouple dengan Zulaikha sebelum diperjodohkan mereka?

dan disebabkan JALAN CINTA mereka yang BENAR dan TERPELIHARA... maka ALLAH jadikan pasangan-pasangan ini  pasangan syurga...

Justeru, kejarlah cinta ALLAH dan RASUL sebelum mencari cinta yang lain..



Buanglah istilah COUPLE dari dalam diri, hati dan fikiran...

Dengan mendapat cinta dari ALLAH, RASUL dan IBU BAPA... Cinta yang suci dan sebenar akan datang sendiri kepada kita...



Wallahu'alam.. :)