Monday 29 July 2013

Lailatul Qadr.. sekadar kongsian...

Assalamualaikum pembuka bicara..




Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
1. Sesungguhnya kami menurunkannya (al-Quran) pada malam Qadar.
2. dan tahukan kamu apa itu malam Qadar.
3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.
4. Pada malam itu turun para malaikat dan ruh (Jibril), dengan izin Tuhannya yang mengatur segala urusan.
5. Sejahteralah (malam itu) sehingga terbit fajar.

Lailatul Qadar atau malam kemuliaan..

Tiba 10 hari akhir Ramadhan, mencari Lailatul Qadar...


Kenapa?

Hal ini berdasarkan hadis:
(sumber dari al hadis & http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=10&j=3)



عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ. (رواه البخاري)
Dari 'Aisyah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam ganjil dalam sepuluh malam yang akhir, dari bulan Ramadhan". 


(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari).



Pada sy, Lailatul Qadar direzeki kan dari Allah kepada mereka yang betul2 betul layak.

Adakah kita yang jarang sekali bangun malam mengadu padanya layak mendapat lailatul qadar?

Tidak dapat dipastikan..Semuanya ditentukan oleh Nya..

Semoga kita sentiasa ikhlas beribadah kepada-Nya.. dan istiqamah beribadah kepada-Nya... semoga... :)


Akhir kata.. salam ramadhan.. :)

Wallahu'alam.. :)

1 comment:

  1. Terima kasih atas perkongsian ni. Sesungguhnya malam lailatul qadr adalah sangat dinantikan oleh umat Islam :)

    ReplyDelete